"Senjata Diacukan Ke Muka. Tangan Diikat Di Belakang. Mata Ditutup Kain Putih. Ini Bukan Filem. Ini Nyawa Saya."
3 Oktober 2025, 5:00 pagi Tengah Laut Mediterranean
Saya masih ingat bunyi radio kapal berbunyi kuat: "Please stop your vessel!"
Lampu sorot menyuluh dari setiap arah. Pistol teracung. Kapal tentera Israel mengepung dari kiri dan kanan. Dalam kegelapan malam itu, saya tahu — ini detik yang boleh jadi pengakhiran.
Saya campak telefon ke laut.
Organizer jerit suruh angkat tangan. Tentera melompat masuk kapal.
Dalam 14 jam, saya jadi banduan.
Nama saya Haroqs. Umur 25 tahun. Anak muda Malaysia biasa.
38 hari sebelum tu, saya naik kapal kecil bernama Free Willy — untuk bawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Bersama 50 buah kapal dari seluruh dunia, kami cuba pecah sekatan laut yang dikuasai Israel selama 18 tahun.
Ramai yang tanya: "Kenapa kau sanggup?"
Ini Bukan Cerita Pahlawan. Ini Cerita Manusia Biasa Yang Pilih Untuk Tidak Diam.
Bayangkan:
Kapal rosak 7 kali. Stereng patah. Enjin terbakar. Ombak setinggi bangunan.
Diserang dron. Kena water cannon. Dikejar coast guard.
Kelaparan 2 hari. Tidur 2 jam sehari. Tangan diikat cable tie sampai kebas.
Tapi yang paling menyakitkan bukan fizikal.
Yang paling pedih bila tengok Gaza dari tingkap pesawat — tanah yang kami perjuangkan, tapi tak pernah berjaya jejak.
Dalam e-book ini, saya kongsi semuanya:
- [object Object]
- [object Object]
- [object Object]
- [object Object]
- [object Object]
"Tapi Haroqs, Aku Bukan Aktivis. Aku Tak Kuat Macam Kau."